JAWATANKUASA INDUK PSS
Struktur Organisasi:
Pengerusi : Pengetua
N. Pengerusi 1 : Penolong Kanan Pentadbiran
N. Pengerusi 2 : Penolong Kanan HEM
N. Pengerusi 3 : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Guru Perpustakaan dan Media
AJK : Ketua-ketua Bidang
Ketua-ketua Panitia
Ketua-ketua Unit PSS
Kaunselor
YDP PIBG
* SILA RUJUK LAMPIRAN.
Tugas-tugas Jawatankuasa Induk
Pusat Sumber Sekolah hendaklah dikawal oleh sebuah badan yang disebut Jawatankuasa Pentadbir Pusat Sumber Sekolah.
Tugas-tugas jawatankuasa ini ialah:
-Menentukan matlamat, objektif dan polisi Pusat Sumber Sekolah.
-Mengkaji dan meluluskan program-program media yang dicadangkan.
-Meluluskan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan program-program media.
-Mengkaji laporan penggal tentang kemajuan Pusat sumber Sekolah.
JAWATANKUASA KERJA:
Struktur Organisasi:
Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
N. Pengerusi : Guru Perpustakaan dan Media
Setiausaha : Guru Penyelaras Perpustakaan
AJK :
-Guru Perpustakaan.
-Guru Bilik Tayangan / APD.
-Guru Bilik BBM.
-GuruUnit Papan Kenyataan.
-Guru Unit Bank Soalan.
-Guru Makmal Komputer.
-Guru Pusat Akses.
-Guru Bilik Komputer.
-Guru Program NILAM.
-Guru Bilik ETeMS
-Guru Makmal SAL
* SILA RUJUK LAMPIRAN.
Tugas Jawatankuasa Kerja:
-Menguruskan perkhidmatan-perkhidmatan di Pusat Sumber Sekolah
-Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan
-Mengemukakan laporan kemajuan Pusat Sumber Sekolah kepada Jawatankuasa Tadbir (Induk)
Tugas Guru Perpustakaan dan Media:
-merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
-Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) bersama-sama pengetua, kakitangan PSS, guru dan pelajar sekolah.
-Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama AJK Kurikulum sekolah.
-Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini.
-Merancang dan mengurus program pembacaan ( Program NILAM ) dan pembudayaan ilmu.
-Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan PSS.
-Merancang dan mengurus program promosi PSS.
-Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.
-Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri / PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS.
-Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS.
-Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk / Kerja PSS.
-Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program PSS.
-Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / PSS.
-Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan PSS.
-Menyediakan laoran serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS.
-Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program PSS khasnya Laporan PSS dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.
-Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.
-Tugas-Tugas Guru Perpustakaan:
-Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengurusan perpustakaan.
-Melatih dan menyelia kerani dan pengawas Pusat Sumber.
-Menjamin perjalanan perpustakaan berjalan dengan baik.
-Merancang aktiviti perpustakaan
-Merancang anggaran belanjawan tahunan perpustakaan
-Menyimpan rekod perbelanjaan bahan-bahan perpustakaan
-Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya
-Memperolehi dan menyemak maklumat-maklumat mengenai bahan-bahan baru dan terkini untuk koleksi perpustakaan
-Menyemak stok pada akhir tahun
-Tugas Guru Bilik Audio-Visual/Multimedia:
-Merancang anggaran belanjawan tahunan unit tayangan
-Mempamer serta mengedarkan bahan-bahan sokongan perkhidmatan tayangan seperti jadual waktu siaran dan jadual tajuk rancangan
-Menyediakan jadual penggunaan Bilik Audio-Visual
-Membina koleksi pita-pita video rancangan TV Pendidikan
-Menyediakan buku-buku Rekod Penggunaan Bilik Audio-Visual
-Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan perkakasan tayangan kepada sekolah dengan segera
-Memastikan kebersihan dan keceriaan Bilik Audio-Visual sepanjang masa
-Tugas Guru Alat Pandang Dengar/Bahan Bantu: Mengajar
-Merancang anggaran belanjawan tahunan perkhidmatan alat pandang dengar/alat bantu mengajar untuk pusat sumber sekolah
-Mencatatkan semua bekalan atau hardware dan software yang dibeli ke dalam buku stok alat pandang dengar
-Mengelas dan mengkatalog semua bahan untuk pengetahuan guru-guru.
-Mengadakan perkembangan staf dalam pembinaan media kos rendah dan penggunaan alat pandang dengar/alat bantu mengajar untuk guru-guru dan pelajar-pelajar.
-Mewujudkan sistem pinjaman alat dan bahan secara berkesan.
-Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan bahan hardware dan software kepada Guru Perpustakaan dan Media supaya dapat dibaikpulih atau diganti dengan segera.
Tugas Kerani/Pembantu PSS:
-Bertanggungjawab kepada Penyelaras dan guru-guru PSS
-Membantu guru PSS mengurus perkhidmatan pinjaman dan menyimpan rekod-rekod yang bersabit dengan PSS
-Membantu guru-guru dalam urusan memesan dan menerima buku-buku dan bahan - bahan lain.
-Membantu mengkelas dan mengkatalog buku-buku/bukan buku.
-Membantu memproses buku/bukan buku untuk pinjaman dan penggunaan PSS.
-Menyusun, menyemak dan membaikpulih buku-buku yang rosak.
-Mengawal disiplin pelajar-pelajar semasa berada dalam PSS.
-Tugas-tugas Pengawas Pusat Sumber:
-Membantu membuat kerja-kerja pengkelasan, katalog dan susunan alat/bahan
-Membantu dalam menerbitkan bahan-bahan pengajaran.
-Membantu guru dalam membaiki dan mengubahsuai alat/perabot.
-Membantu guru PSS dalam kerja-kerja memproses buku-buku.
-Membantu guru PSS mengemaskinikan stok bahan cetak dan bukan cetak.
-Membantu guru mengurus pinjaman/pemulangan buku.
-Menggunting akhbar/majalah yang telah dipilih oleh guru PSS untuk tujuan fail tegak.
-Membantu guru PSS mengendalikan aktiviti PSS.
No comments:
Post a Comment