burung
"PENYEBAR-INFORMASI SETIAP SAAT"
Pusat Sumber SMK Tengku Intan Zaharah
MUTIARA KATA:

  • Orang yang mengajar dan orang yang belajar kedua-duanya bersyarikat dalam kebaikan, tidak ada lagi kebaikan pada sekalian manusia selain mereka.
             --Ibnu Majah

                                                             
MUTIARA KATA:

  • Sebenarnya seorang sasterawan dengan seorang manusia lain itu tidak ada bezanya. Cuma kelebihan seorang sasterawan ialah ia dapat merasakan lebih dalam lagi akan sesuatu dan dapat pula melahirkannya kembali.
             --A. Samad Said
MUTIARA KATA:

  • Lombong emas dalam diri anda ialah fikiran anda dan anda boleh menggalinya sepuas yang anda inginkan.
             --Abdullah Mansur
               M.H.
burung

PENGURUSAN PENTADBIRAN PSS

Pengurusan sistem fail

Pengurusan sistem fail di PSS ( sila lihat Lampiran )adalah berdasarkan pengurusan sistem fail di sekolah. Di antara sistem fail yang digunakan ialah :-

06 / 02 - Kurikulum / Pusat Sumber

06 / 02 / 001 - Surat Pekeliling

06 / 02 / 002 - Belanjawan PSS

06 / 02 / 003 - Anggaran Perbelanjaan

06 / 02 / 004 - Sijil Akuan Penerima / Invois / Bil

06 / 02 / 005 - Mesyuarat JK Induk PSS

06 / 02 / 006 - Mesyuarat JK Kerja PSS

06 / 02 / 007 - Guru Perpustakaan & Media

06 / 02 / 008 - Profil Guru PSS

06 / 02 / 009 - Kerani PSS / Pembantu PSS

06 / 02 / 010 - Buku Program PSS

06 / 02 / 011 - Rancangan Aktiviti & Laporan

06 / 02 / 012 - Promosi / Buletin PSS

06 / 02 / 013 - Program Bacaan Sekolah

06 / 02 / 014 - Projek Khas PSS

06 / 02 / 015 - Modul Kursus PSS

06 / 02 / 016 - Profil Pengawas PSS

06 / 02 / 017 - Harta Modal

06 / 02 / 018 - Inventori

06 / 02 / 019 - Dokumentasi

06 / 02 / 020 - Fail Meja

06 / 02 / 021 - Laporan Pemantauan / Penilaian

06 / 02 / 022 - Surat daripada Jabatan

6.2 TEKNIK MENGELAS DAN MEMBERIKAN KOD INTUK SISTEM FAIL

Setiap fail mestilah diberikan tajuk dan kod yang sesuai . Sistem fail itu mestilah mempunyai 3 level.

6.2.1 Level 1 ialah Tajuk.

Tajuk-tajuk dalam system fail dikelaskan kepada :

Asrama

Hal Ehwal Pelajar

Kemudahan Fizikal

Kewangan dan akaun

Ko-kurikulum

Kurikulum

Pentadbiran Am Sekolah

Perhubungan Masyarakat

Perjawatan dan Perkhidmatan

Audit

Level 2 ialah Perkara.

Setiap tajuk fail akan dikelaskan mengikut perkara [ Level 2 ].

Kurikulum

01 / 01 - Pekeliling dan surat siaran kurikulum

01 / 02 - Sukatan pelajaran

01 / 03 - Jadual waktu

01 / 04 - Sumber pelajaran

01 / 05 - Panitia mata pelajaran

01/ 06 - Peperiksaan

01 / 07 - Laporan lawatan

01 / 08 - …………………..

6.2.3 Level 3 ialah Aktiviti.[ Lihat 6.1 ]

Setiap level ini dihadkan nombornya. Level 1 bernombor 01 hingga 99.

Level 2 bernombor 01 hingga 99 dan Level 3 bernombor 001 hingga 999.

Tekniknya ialah :

Tentukan tajuk fail

Tentuakan perkara

Tentukan aktiviti

Tetapkan kod untuk satu-satu fail

CONTOH ;

Level 1. Tajuk - Kurikulum - 06

Level 2. Perkara - Sumber pelajaran/PSS- 02

Level 3. Aktiviti - Pekeliling - 001

Oleh itu kod fail ialah ;

06 / 02 / 001

PENGELASAN DAN KOD FAIL PSS

Item kod

Singkatan Nama Sekolah SKRP

Singkatan Pusat Sumber Sekolah PSS

Tajuk : Kurikulum 01

Perkara : Sumber pelajaran 04

Aktiviti : Pekeliling 001

Jilid 1 / 2….. Jilid 1 & seterusnya

Bilangan surat ( 01) & seterusnya

Oleh itu, cara untuk menulis Sistem Fail PSS dan Rujukan Kami ( surat ) ialah :

Contoh :

SMKTIZ PSS 06 / 02 / 001/ Jil. 1 ( 01 )

FAIL-FAIL YANG PERLU ADA DI PSS

Sekurang-kurangnya mestilah ada 15 buah fail dalam pusat sumber. Sumber fail ini dikelaskan dalam tajuk KURIKULUM kerana pusat sumber adalah di bawah kurikulum. Nombor dan kod fail telah ditetapkan sebagaimana dalam pecahan 6.2.

6.4.1 Pada akhirnya, fail-fail ini akan diserahkan kepada Guru Perpustakaan dan Media.

Guru Perpustakaan dan Media kemudiannya akan menyerahkan fail-fail ini kepada Pengetua/GuruBesar.


REKOD-REKOD PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pengertian

Rekod-rekod merupakan bahan bertulis ( catatan ) yang dibuat untuk dijadikan bahan rujukan atau ingatan pada masa hadapan.

Prinsip Asas Rekod

Sebarang rekod yang disediakan mestilah memudahkan urusan untuk menganalisa data. Maklumat dapat diperolehi dengan mudah dan tidak membebankan Penyelaras ataupun orang yang bertanggungjawab.

Jenis-jenis rekod dalam Pusat Sumber Sekolah

Rekod Penggunaan

Rekod penggunaan bilik

Rekod penggunaan bahan bantu mengajar

Rekod penggunaan peralatan

Rekod Peminjaman

Rekod peminjaman BBM

Rekod peminjaman Peralatan

Rekod peminjaman buku

Rekod Perolehan

Rekod perolehan buku

Rekod perolehan bahan bukan buku

Rekod perolehan bahan luak (bekalan buku)

Rekod perolehan peralatan

Rekod laporan pengawas

(e) Rekod-rekod lain yang difikirkan sesuai

Rekod pelawat

Rekod tempahan bilik

Rekod tempahan peralatan

Rekod tempahan BBM

Contoh-contoh format rekod

( Lihat lampiran B, C, D, E , F, G )











Format Rekod Penggunaan, Pinjaman, dan Pemulangan

Semua bentuk pinjaman dan pemulangan mesti direkodkan ke dalam buku yang telah ditetapkan. Dari rekod inilah pihak pengurusan PSS akan dapat mengesan keluar masuk bahan-bahan di Pusat Sumber di samping menjaga keselamatan bahan supaya tidak hilang atau rosak.

Rekod Pinjaman buku :

(a) Pinjaman oleh pelajar

(b) Pinjaman oleh guru

Butiran di dalam buku rekod tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh pinjaman dibuat

Tarikh dipulangkan

(c) Nama peminjam

(d) Tingkatan / darjah

(e) Judul buku

Rekod pinjaman alatan bahan bantu mengajar

(a) Tarikh pinjam

(b) Tarikh dipulangkan

(c) Nama peminjam

(d) Jenis bahan

(e) Bilangan

(f) Tandatangan

Selain rekod pinjaman, perlulah juga ada buku penggunaan bahan-bahan Pusat Sumber. Antara buku-buku rekod yang perlu disediakan untuk tujuan ini ialah :

(a) Buku rekod penggunaan bagi bilik tayang

(b) Buku rekod penggunaan TV / VIDEO

(c) Buku rekod penggunaan perpustakaan

(d) Lain-lain yang difikirkan perlu

Antara butir-butir yang seharusnya disediakan ;

(a) Tarikh guna

(b) Masa

(c) Tingkatan / darjah

(d) Tujuan atau ulasan

(e) Tandatangan guru

Analisa pinjaman

Analisa ini dibuat adalah bertujuan untuk mengesan penggunaan bahan- bahan di PSS dan juga untuk mendapatkan maklum balas bagi merancang pembangunan PSS. Analisa pinjaman bahan PSS terbahagi kepada tiga iaitu :

(a) Analisa pinjaman harian

(b) Analisa pinjaman bulanan

Analisa pinjaman tahunan

Bagi kemudahan membuat analisa , borang-borang tertentu perlu disediakan. Namun begitu , ia bergantung kepada pengurusan PSS di sekolah berkenaan. Bagi analisa pinjaman harian, setiap hari pengawas perlu mengisi sehelai borang di mana mereka hanya perlu menanda pada jenis buku yang dibaca. Borang ini difailkan oleh guru PSS.

Berdasarkan analisa harian, bulanan dan tahunan ini barulah dipindahkan pula ke dalam bentuk graf / carta. Contoh-contoh judul graf / carta yang boleh dihasilkan:

Graf jenis-jenis buku yang dibaca

Graf pinjaman kelas

Graf pinjaman buku fiksyen/ buku bukan fiksyen

Graf pinjaman BBM

Graf penggunaan bahan PSS

Analisa atau garaf yang telah dihasilkan hendaklah dipamerkan kepada pelajar-pelajar serta guru-guru bagi menimbulkan motivasi kepada mereka.

RANCANGAN TAHUNAN PSS

PSS merupakan nadi sesebuah sekolah dan merupakan penggerak bagi semua aktiviti pengajaran pembelajaran ke arah peningkatan dan keberkesanannya.

Keperluan menjalankan aktiviti PSS tidak terhad kepada mata pelajaran tertentu sahaja dan juga tidak terbatas kepada waktu di PSS sahaja. Penggunaan PSS seharusnya berterusan sepanjang tahun sesuai dengan masa dan perlaksanaannya.

Matlamat aktiviti

Sedar dan tahu menggunakan PSS

Memahami dan menikmati bahan visual

Mengenali dan menghargai pengarang

Menghayati hasil karya yang bernilai

Aktiviti Tahunan PSS

Ia boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:

yang wajib *

Program Nilam

Program SAL

Promosi

Mesyuarat

Program galakan membaca

Program kewangan

Lawatan PSS

Taklimat pengawas

Kursus kepimpinan pengawas

yang bermusim*

Pertandingan kuiz

Pertandingan pidato kemerdekaan

Pertandingan buku skrap

Bergantung kepada pengurusan PSS

Laporan Tahunan

Laporan tahunan perlu dilakukan bagi meninjau perlaksanaan yang berlaku di dalam tahun yang berkenaan sama ada dalam bentuk carta ataupun laporan bertulis. Hasil laporan tersebut adalah untuk dibuat penyemakan stok dan penilaian.

Penyemakan stok

dijalankan bagi mengesan bahan yang hilang, rosak, tidak sesuai, tidak digunakan lansung dan kemaskini.

Penilaian

Ia adalah penting untuk mengetahui :

Kemajuan keseluruhan rancangan PSS

Kekurangan / masalah yang dihadapi / mungkin dihadapi

Dijadikan panduan atau asas perancangan

Membuat perancangan secara keseluruhan

Mengubahsuai atau memperbaiki rancangan yang sedang dijalankan

Fail Meja

Setiap unit dalam PSS mempunyai Fail Meja yang tertentu. Ia adalah bertujuan untuk memudahkan pengendalian segala pengurusan dan pentadbiran yang berkaitan dengannya.

Rancangan Pembangunan PSS*

Rancangan Pembangunan PSS oleh guru PSS adalah meliputi perkara-perkara berikut :

Perkembangan fizikal Pusat Sumber

Perkembangan koleksi

Perancangan promosi dan serata

Perancangan aktiviti

Latihan dan bengkel kemahiran

Penyimpanan rekod penggunaan alatan, bahan dan kemudahan

Penilaian pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber

Dokumentasi

6.12.1 Semua kegiatan PSS dan yang berkaitan akan didokumentasikan dalam bentuk tertentu. Antaranya:

Gambar foto

Rakaman audio-visual

Himpunan kertas cadangan / kertas kerja mahupun laporan sesuatu kegiatan / projek

Himpunan majalah sekolah

Sudut dokumentasi PSS

Brosur

Keperluan dokumentasi:

Setiap hasil dokumentasi itu mestilah mengandungi:

kertas kerja awal

pelaksanaan

laporan pelaksanaan



























No comments: