burung
"PENYEBAR-INFORMASI SETIAP SAAT"
Pusat Sumber SMK Tengku Intan Zaharah
MUTIARA KATA:

  • Orang yang mengajar dan orang yang belajar kedua-duanya bersyarikat dalam kebaikan, tidak ada lagi kebaikan pada sekalian manusia selain mereka.
             --Ibnu Majah

                                                             
MUTIARA KATA:

  • Sebenarnya seorang sasterawan dengan seorang manusia lain itu tidak ada bezanya. Cuma kelebihan seorang sasterawan ialah ia dapat merasakan lebih dalam lagi akan sesuatu dan dapat pula melahirkannya kembali.
             --A. Samad Said
MUTIARA KATA:

  • Lombong emas dalam diri anda ialah fikiran anda dan anda boleh menggalinya sepuas yang anda inginkan.
             --Abdullah Mansur
               M.H.
burung

PEGANGAN PSS

SMK. TENGKU INTAN ZAHARAH

23000 DUNGUN

TERENGGANU DARUL IMAN


KONSEP PSS

Pusat Sumber Sekolah merupakan tempat yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pusat sumber sekolah biasanya dilengkapi dengan pelbagai jenis bahan yang bertujuan menambahkan maklumat semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pusat Sumber Sekolah juga merupakan satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan pihak sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulumnya.

SMK. TENGKU INTAN ZAHARAH

23000 DUNGUN

TERENGGANU DARUL IMAN


VISI

MELAHIRKAN PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM PELBAGAI BIDANG KEHIDUPAN

DAN SENTIASA BERDAYA SAING DAN DINAMIK DALAM MENGHADAPI PERUBAHAN

DAN CABARAN

“PSS PEMANGKIN

KECEMERLANGAN SEKOLAH


SMK. TENGKU INTAN ZAHARAH

23000 DUNGUN

TERENGGANU DARUL IMAN


MISI

Menjana dan membentuk warga sekolah yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin dengan merealisasikan PSS sebagai pusat sumber bermaklumat seiring dengan matlamat wawasan dan Falsafah Pendidikan Negara.

SMK. TENGKU INTAN ZAHARAH

23000 DUNGUN

TERENGGANU DARUL IMAN


PIAGAM PELANGGAN PSS

Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang selesa dan mencukupi

Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan bantu yang terkini dan berkeadaan baik dengan segera

Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan mencukupi untuk keperluan atau kegunaan pengguna

Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah

Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi pendidikan kepada pengguna dari semasa ke semasa

Memberi khdimat, layanan mesra, bersopan dan setiasa peka kepada masalah pengguna

Menyediakan kemudahan dan menentukan kaedah tempahan penggunaan PSS kepada pengguna

Membantu memupuk tabiat pembelajaran kendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik


SMK. TENGKU INTAN ZAHARAH

23000 DUNGUN

TERENGGANU DARUL IMAN


MATLAMAT PSS

Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.

Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisplin untuk membantu membina sahsiah guru-guru supaya mereka dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan agama, bangsa dan negara.

Membantu golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah pelajar itu sendiri supaya dapat memainkan peranan yang positif apabila mereka tamat persekolahan.

Merapatkan jurang perbezaan antara kemudahan-kemudahan pendidikan sekolah-sekolah luar bandar dengan sekolah-sekolah di Bandar

SMK. TENGKU INTAN ZAHARAH

23000 DUNGUN

TERENGGANU DARUL IMAN


OBJEKTIF

Menguruskan maklumat

PSS sebagai tempat mengumpul, menyimpan serta mengedarkan pelbagai maklumat. Maklumat-maklumat ini mencakupi pelbagai bidang keilmuan seperti kemanusiaan, sains, teknologi, agama dan sebagainya. Dengan maklumat-maklumat inilah guru-guru dan para pelajar dapat memperkayakan pengalaman-pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka.

Kecemerlangan pendidikan

Adalah diharapkan PSS akan dapat mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi pencapaian akademik di kalangan pelajar-pelajarnya.

Penggunaan kemudahan

Menggalakkan pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi hasilnya dari kajian dan pembacaan yang tidak ditumpukan kepada buku teks semata-mata.

Memupuk Tabiat Belajar

Adalah diharapkan dengan adanya Pusat Sumber Sekolah akan dapat membantu memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.

Penghasilan Bahan

Pusat Sumber Sekolah juga merupakan tempat untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan/ bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Perkhidmatan Pembelajaran

Pusat Sumber Sekolah juga harus berupaya memberi pandangan dan cadangan untuk melaksanakan kurikulum sekolah dengan berkesan. Oleh yang demikian, kakitangannya bukan sahaja mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang media pendidikan tetapi juga bagaimana media dapat disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya berkesan. Khidmat runding dan nasihat ini hendaklah ditawarkan bila-bila masa yang diperlukan. Perkhidmatan ini boleh diberi dalam bentuk sesi tunjuk ajar, bengkel, kursus, pameran, temubual, dialog atau apa sahaja cara yang boleh menghasilkan konteks antara kakitangan media dengan guru-guru dan para pelajar.

Kemahiran Maklumat

Pusat Sumber Sekolah juga seharusnya berperanan melatih pelajar-pelajar supaya dapat menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran mereka.


SMK. TENGKU INTAN ZAHARAH

23000 DUNGUN

TERENGGANU DARUL IMAN


MISI SEKOLAH

BERUSAHA MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PELBAGAI PROGRAM UNTUK MEREALISASIKAN SEKOLAH SEBAGAI PUSAT PEMBANGUNAN MANUSIA BAGI MELAHIRKAN INSAN BERILMU, BERKETRAMPILAN, BERDEDIKASI, BERAKHLAK MULIA DAN BERTAKWA BERASASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

SMK. TENGKU INTAN ZAHARAH

23000 DUNGUN

TERENGGANU DARUL IMAN


FALSAFAH SEKOLAH:


"MANUSIA ADALAH MAKHLUK YANG PALING SEMPURNA YANG BOLEH DIDIDIK"


Keupayaan pembelajaran dan prestasi seseorang insan bukanlah berpunca daripada sifat semulajadi, tetapi dipengaruhi oleh alam persekitarannya. Oleh itu seseorang itu berkemampuan untuk belajar bagi mencapai ketinggian inteleknya ke arah menjayakan wawasan pendidikan.


SMK. TENGKU INTAN ZAHARAH

23000 DUNGUN

TERENGGANU DARUL IMAN


MOTO SEKOLAH:


"PENGETAHUAN

NILAI

BANGSA"



SMK. TENGKU INTAN ZAHARAH

23000 DUNGUN

TERENGGANU DARUL IMAN


SLOGAN PSS:


"PENYEBAR-

INFORMASI

SETIAP SAAT"



No comments: