burung
"PENYEBAR-INFORMASI SETIAP SAAT"
Pusat Sumber SMK Tengku Intan Zaharah
MUTIARA KATA:

  • Orang yang mengajar dan orang yang belajar kedua-duanya bersyarikat dalam kebaikan, tidak ada lagi kebaikan pada sekalian manusia selain mereka.
             --Ibnu Majah

                                                             
MUTIARA KATA:

  • Sebenarnya seorang sasterawan dengan seorang manusia lain itu tidak ada bezanya. Cuma kelebihan seorang sasterawan ialah ia dapat merasakan lebih dalam lagi akan sesuatu dan dapat pula melahirkannya kembali.
             --A. Samad Said
MUTIARA KATA:

  • Lombong emas dalam diri anda ialah fikiran anda dan anda boleh menggalinya sepuas yang anda inginkan.
             --Abdullah Mansur
               M.H.
burung

PERATURAN PSS

PERATURAN AM

Peraturan Am merupakan rancangan pengoperasian Pusat Sumber dan Jawatankuasa Induk.

5.1.1 Untuk Pengguna:

Masa PSS dibuka

Kemudahan yang disediakan

Pinjaman

Keselamatan bahan dan alatan

Disiplin dan lain-lain

Bahan yang boleh diguna dan dipinjam

Jadual dan masa penggunaan serta sistem meminjam bahan

Perkhidmatan khas

Untuk Bahan:

Menentukan sistem dan peraturan pinjaman bahan

a) Bahan buku:

Biasanya menggunakan sistem Brown, iaitu dengan menggunakan kad untuk tujuan peminjam dan pemulangan

b) Bahan bukan buku:

Perlu ada sistem pinjaman yang mudah tetapi sistematik untuk pinjaman alatan dan bahan-bahan lain.

PERATURAN KHUSUS

5.2.1 PERATURAN PERPUSTAKAAN

- Bilik ini dibuka kepada semua warga SMKTIZ.

- Tidak dibenarkan masuk dan membuat pinjaman buku

tanpa kebenaran guru dan pengawas.

Pengguna hanya dibenarkan meminjam buku :

Rujukan - 3 hari

Fiksyen - 5 hari

Bertanda merah - 1 hari

Majalah - 3 hari

Pengguna dikehendaki menandatangani rekod peminjaman sebagai bukti pemulangan.

Pengguna hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan bahan bacaan yang dipinjam.

Pengguna tidak dibenarkan menyimpan / menyembunyikan bahan bacaan dari tempat asalnya.

Pengguna dilarang membuat bising, makan, minum dan membuang sampah semasa di perpustakaan.

Semasa P & P, guru wajib hadir bersama-sama pelajar.

5.2.2 PERATURAN BILIK BBM

- Bilik ini terbuka penggunaannya kepada semua warga

SMKTIZ.

- Pelajar tidak dibenarkan masuk atau menggunakan bilik ini

dan meminjam alat-alat yang ada di dalamnya tanpa kebenaran guru.

- Pengguna dikehendaki mencatat butir-butir peminjamnya dalam buku yang disediakan.

- Alat-alat yang digunakan hendaklah dikembalikan

seberapa cepat bagi membolehkan guru-guru menggunakannya.

- Bahan atau alatan yang dipinjam hendaklah diambil dan dipulangkan oleh guru.

- Tempoh pinjaman hendaklah tidak melebihi dua hari.

- Tempoh pinjaman boleh dilanjutkan dengan memperbaharu rekod pinjaman.

- Semua bahan yang dikembalikan hendaklah disimpan di tempat asal.

- Bahan atau alatan tidak dibenarkan dibawa pulang kecuali dengan kebenaran.

- Tidak dibenarkan makan atau minum di bilik BBM.

- Pengguna hendaklah menandatangani rekod peminjaman sebagai bukti pemulangan.

- Pengguna hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan alat yang dipinjam.

- Guru-guru digalakkan membuat atau menghasilkan alat mengajar di bilik BBM.

- Pengguna dilarang membuang sampah di merata-rata tempat. Sila gunakan tong sampah yang disediakan.

- Jika berlaku kerosakan atau kehilangan carta atau alatan, sila laporkan kepada guru BBM dengan segera.

- Kerjasama semua pihak amatlah dihargai agar bilik BBM dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

5.2.3 PERATURAN BLIK TAYANGAN / APD – BILIK KULIAH 1 & 2.

- Pengguna dikehendaki membuat tempahan sehari lebih

awal sebelum menggunakan bilik kuliah dengan cara

mengisi borang tempahan yang disediakan.

Pengguna dilarang sama sekali membawa masuk

makanan dan minuman.

Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk atau menggunakan

bilik kuliah dan alat-alat yang ada di dalamnya tanpa guru

- Pelajar-pelajar dilarang membuat bising atau bermain ketika berada di dalam bilik kuliah.

- Pelajar-pelajar dilarang menyentuh atau menggunakan peralatan tanpa kebenaran guru.

- Pengguna juga diminta memastikan semua perabot seperti kerusi dan meja disusun dengan teratur selepas digunakan.

- Pengguna diminta merekodkan penggunaan bilik ke dalam buku rekod penggunaan yang disediakan.

- Tutup semua tingkap dan langsir untuk mengelakkan habuk masuk.

- Pastikan semua suis telah ditutup.

- Pengguna dilarang membuang sampah merata-rata.

- Pastikan bilik bersih dan teratus sebelum keluar

5.2.4. PERATURAN UNIT ICT – MAKMAL KOMPUTER, BILIK KOMPUTER &

PUSAT AKSES

- Pelajar dilarang masuk tanpa kebenaran guru / pengawas bertugas.

- Sebelum masuk, sila beratur di luar makmal.

- Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke dalam makmal komputer, bilik komputer dan pusat akses.

- Dilarang membawa disket luar.

- Sila buat tempahan sehari lebih awal untuk menggunakan bilik-bilik ICT.

- Sila rekodkan penggunaan computer di dalam buku rekod disediakan.

- Pengguna dilarang menyalahgunakan kemudahan INTERNET untuk perkara selain tujuan P & P.

- Jaga kebersihan bilik-bilik ICT.

- Tutup suis PC dan suis elektrik selepas digunakan.

- Susun kerusi dengan kemas.

- Dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari makmal tanpa kebenaran.

5.3 PERATURAN PENGGUNAAN ALAT/RUANG (BILIK)

5.3.1 Perpustakaan

A) Semasa Berada Dalam Perpustakaan

B) Semasa Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran

C) Peraturan Pinjaman

5.3.2 BBM

5.3.3 Bilik Audio-Visual

A) Peraturan Penggunaan Bilik

B) Peraturan Penggunaan Alatan

No comments: