DASAR PEMILIHAN BUKU DAN BUKAN BUKU
MATLAMAT
Dasar pemilihan dan pemerolehan bahan-bahan adalah berpandukan prinsip-prinsip Sains Perpustakaan. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan Pusat sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang bermutu, sesuai dan kemaskini supaya Pusat Sumber dapat memainkan peranannya sebagai pembekal sumber ilmu serta maklumat dalam semua bidang ilmu.
OBJEKTIF
Menentukan pihak yang akan bertanggungjawab melaksanakan dasar.
Menggariskan peranan dan tugas yang bertanggungjawab dalam proses pemilihan dan pembinaan bahan bacaan Pusat sumber.
Menggariskan panduan pembinaan koleksi bahan pusat sumber supaya sentiasa kemaskini.
ALATAN PEMILIHAN BAHAN
Antara alat-alat yang boleh digunakan untuk pemilihan bahan ialah:
Dasar Pelajaran Kebangsaan
Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
Risalah, katalog dan edaran dari penerbit, pembekal swasta serta agensi pendidikan
Sukatan pelajaran
Buku-buku panduan KBSR dan KBSM
Berita Perpustakaan
Bibliografi Negara
Indeks Majalah
Senarai Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah
British National Bibliography (luar negara)
British Book News (luar negara)
UNESCO Publication (luar negara)
The Booklist (luar negara)
PROSEDUR PEMILIHAN DAN PEMBINAAN KOLEKSI BAHAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH
Dasar pemilihan dan pembinaan koleksi bahan ini dibuat adalah untuk diselaraskan dengan keperluan Falsafah Pendidikan Negara.
Koleksi PSS akan mempengaruhi penggunaan dan impaknya. Oleh itu, koleksi yang dipilih hendaklah:
Memperkaya dan menyokong proses pendidikan dengan mengambilkira perbezaan minat, kebolehan dari peringkat kebolehan pelajar
Memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum di sekolah
Memupuk minat membaca di kalangan pelajar ke arah melahirkan masyarakat berfikir, berbudaya ilmu dalam konteks pendidikan sepanjang hayat.
Menambah dan meluaskan pengetahuan pelajar-pelajar.
Meningkatkan penguasaan bahasa dan memberi aspirasi sastera.
Memperkukuhkah semangat kesefahaman dan harmoni.
Memupuk dan membina sikap bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
Pembinaan koleksi bahan juga perlulah mempunyai unsur-unsur berikut:
Kekemaskinian khasnya dalam bidang sains dan teknologi.
Kepelbagaian jenis dan seimbang dari segi bahan cetak, bahan bukan cetak dan bahan elektronik.
Kecukupan bahan dan keseimbangan dari segi pengagihan mengikut peringkat
Keseimbangan dari segi aliran bahasa
Dipilih dan dikembangkan secara terancang bagi menggalakkan pengunaan, pemikiran kreatif dan inovatif.
Pembinaan koleksi hendaklah mengenepikan semua bahan yang mengandungi perkara-perkara yang dilarang/ bios.
Pengurusan pemilihan dan pembinaan koleksi hendaklah dilaksanakan dengan menubuhkan jawatankuasa pemilihan dan pembinaan koleksi bahan.
Ia dikelolakan secara ikhtisas dan menyenangkan penggunaan.
Koleksi yang dicadangkan ilaha koleksi buku mempunyai kadar minima
Koleksi bahan bacaan terdiri daripada buku fiksyen dan bukan fiksyen.
Buku Bergambar:
Fiksyen
Bukan Fiksyen
Buku fiksyen
Cerpen
Cerita ajaib, binatang, dongeng, fantasi, jenaka, metos, pari-pari, pengalaman, penceritaan, rakyat dan sukan.
Fiksyen Sains Sejarah
Novel
Buku Bukan Fiksyen
Almanak, ensiklopedia, buku panduan, buku tahunan, buku pengetahuan, kamus, atlas, agama, sains kemasyarakatan, bahasa, sains tulen, teknologi, kesusasteraan, geografi dan sejarah.
Terbitan Berkala
Akhbar
Jurnal
Majalah
Risalah
Bahan Khusus
Brosur
Buku skrap
Fail Tegak
Karya Pelajar
Keratan akhbar
PROSES PEMILIHAN DAN PEMEROLEHAN BAHAN
FIZIKAL
Rekabentuk termasuk saiz dan komponen
Rencana kulit dan kualiti kulit
Saiz huruf (font) cetakan
Kualiti kertas
Kualiti cetakan
Kualiti jilidan
Keterampilan bahan
ISI KANDUNGAN
Fiksyen
Kesesuaian tema
Plot/ jalan cerita
Mesej / kekuatan cerita (isi)
Watak dan perwatakan
Nilai-nilai murni
Sudut pandangan dan rangsangan pemikiran
Kewibawaan isi kandungan
Bukan fiksyen
Kandungan relevan dan menepati keperluan sasaran
Fakta kemaskini dan betul
Kandungan isinya komprehensif
Penyusunan dan persembahan isi menarik, logik, dan mudah diikuti
Penerangan dan huraian jelas, menarik dan berkesan
Merangsang kesedaran dan daya pemikiran yang kritis
Kewibawaan isi kandungan
BAHASA
Kesesuaian perbendaharaan kata
Rangkaikata, ungkapan dan frasa
Struktur ayat dan tatabahasa
Laras bahasa
Nilai estetika
Ejaan dan tanda baca
Lain-lain ciri keistimewaan bahasa
ILUSTRASI
Sesuai dan menarik
Relevan dan bermakna
Gabungan warna-warni
Nilai estetik
Jelas dan tepat
CIRI KHAS
Harga yang munasabah
Kemudahan untuk penggunaan seperti glosari, indeks, bibliografi dan lain-lain.
Anugerah dan perakuan.
KRITERIA PEMILIHAN DAN PEMEROLEHAN BAHAN
Antara ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut:
Kesesuaian
Tajuk hendaklah menepati kandungan pelajaran
Bahasa dan perbendaharaan kata boleh difahami
Boleh digunakan oleh individu atau kumpulan
Kandungan isi pelajaran adalah tepat dan tidak diragukan
Kandungan isi adalah menarik dan tidak membosankan
Sesuatu konsep adalah jelas dan mudah difahami
Kandungan adalah sesuai dan tidak menyinggung mana-mana pihak
Kredibiliti dan Kemaskini
Fakta-fakta yang dikemukakan adalah dari sumber-sumber yang tepat
Fakta-fakta yang tidak berat sebelah
Kandungan isi adalah lojik
Aspek Teknikal
Bagi audio, bunyinya hendaklah jelas
Visual mestilah jelas dan tidak kabur
Saiz penglihatan ke atas visual hendaklah mengikut formula jarak dan saiz visual
Warna jika digunakan hendaklah berkesan
Berkaitan
Isi kandungan boleh dijalin dengan mata pelajaran lain
Merupakan cara yang paling baik untuk menjelaskan sesuatu konsep
Ciri-ciri fizikal
Penggunaannya adalah selamat terutamanya bagi alat-alat yang menggunakan kuasa elektrik
Mudah digunakan, tidak melibatkan kemahiran teknikal yang tinggi
Mudah disimpan
Tahan lasak
Tidak memerlukan alat tambahan yang banyak apabila digunakan
Tidak mudah ketinggalan zaman
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
Bahan cetak
Bahan cetak merupakan koleksi yang penting. Tanpa bahan ini, perpustakaan khasnya tidak dapat berfungsi. Jadi adalah menjadi tanggungjawab untuk menjaga dan memeliharanya agar ia tahan lama dan dapat digunakan. Antara cara-cara ialah:
Menggunakan racun serangga untuk menghapuskan serangga perosak buku-buku
Menjaga kebersihan rak-rak buku dan persekitaran dalaman di perpustakaan daripada habuk / debu
Mempunyai alat penghawa dingin
Dilarang membawa masuk barang makanan dan lain-lain bahan yang boleh menarik minat serangga dan tikus
Memastikan buku-buku tidak diletakkan di atas lantai dan disimpan di atas rak yang terlalu ketat serta kecil dari ukuran buku tersebut. Semasa menyusun buku di atas rak, pastikan kulitnya tidak berlipat.
Pastikan perpustakaan tidak dimasuki air dan pancaran matahari yang terus menerus.
Bagi buku-buku yang lama dan rosak, ia akan dibaikpuluh dengan melakukan penjilidan semula. Manakala proses hapuskira akan dilakukan ke atas buku-buku yang mengalami kerosakan yang teruk.
Sentiasa melakukan proses kemaskini dari masa ke semasa.
Bahan bukan cetak
Koleksi ini disusun di atas rak-rak yang telah dikhaskan.
Lutsinar (transperasi) dimasukkan ke dalam plastik / bekas khas dan disusun di dalam kabinet.
Carta-carta diletak dan disusun dengan kemas di para yang khas agar tidak menganggu laluan para pengguna.
Pemantauan terhadap penggunaan alat-alat tersebut akan dilakukan bagi mengenalpasti kerosakan yang berlaku.
PENILAIAN
Penilaian media dibuat berpandukan kepada sudut penggunaan dan juga pembelajaran yang diperolehi. Penilaian ini termasuklah Penilaian Formatif (ketika menyediakan bahan itu). Keberkesanan media dapat dilihat dari aspek-aspek berikut:
Kurikulum
Bahan sumber yang digunakan haruslah sesuai dengan objektif pengajaran. Ia perlu membantu usaha guru dalam menyampaikan isi pelajaran. Selain itu, sumber yang digunakan haruslah sesuai dengan tahap pemahaman dan perkembangan kongnitif pelajar.
Proses
Pengalaman berinteraksi secara langsung dengan sumber pembelajaran dapat menggalakkan proses pembelajaran. Pembelajaran dapat ditingkatkan lagi sekiranya sumber itu memerlukan gerak balas pelajar secara lisan atau secara tindakan. Terdapat sumber yang digunakan secara berperingkat selaras dengan perkembangan konsep yang berturutan. Terdapat juga sumber yang sesuai digunakan dalam proses pembelajaran kendiri seperti program komputer aneka media.
Sikap
Penggunaan sumber yang bersesuaian dapat menarik perhatian pelajar terhadap pelajaran yang diajar. Sumber yang memberansangkan juga dapat meningkatkan motivasi pelajar. Selain itu, sumber tertentu dapat menerapkan nilai-nilai murni melalui interaksi pelajar dengan sumber itu.
Penggunaan
Sumber pengajaran pembelajaran haruslah mudah digunakan, dibawa dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan mudah disimpan. Pengalaman menunjukkanbahawa guru jarang menggunakan bahan sumber yang sukar digunakan atau sukar dipilih.
Kualiti
Kualiti sumber yang digunakan haruslah memuaskan supaya mesej yang hendak disampaikan dapat diterima oleh pelajar dengan berkesan. Bahan cetak harus senang dibaca dan mempunyai perbendaharaan kata yang digunakan sesuai dengan tahap penguasaan bahasa pembaca. Bahan audio yang digunakan mestilah jelas didengar manakala bahan visual seperti senang dilihat dan juga mesti tahan lasak sekiranya digunakan oleh pelajar-pelajar.
Kebanyakan sumber pengajaran pembelajaran hanya digunakan beberapa kali sahaja dalam setahun. Oleh itu kos penghasilan sesuatu bahan haruslah rendah. Untuk tujuan itu, sumber yang boleh direka ganti lebih berkesan dari segi kos.
PERKARA-PERKARA YANG DINILAI
Sesuai dengan objektif
Sesuai dengan peristiwa pengajaran
Boleh menjelaskan konsep/ prosedur
Mengalakkan interaksi pelajar
Menggalakkan perbincangan / aktiviti susulan
Ketetapan matlamat
Boleh difahami
Kadar kecepatan pembelajaran (bahan audio)
Dapat menarik minat pelajar
Kesederhanaan bahan
Kesesuaian warna
Penghurufan
Peraturan sepertiga segi dari kiri ke kanan visual
Imbangan visual secara formal atau tidak formal
Panduan guru / dokumnetasi cara menggunakan bahan atau alat dalam pengajaran dan persembahan
Garisan
Penyatuan yang menunjukkan sesuatu proses atau kitaran
Bebas dari diskriminasi
Kreativiti / inovatif
Bukti keberkesanan
Arahan yang jelas, teratur dan konsisten
Aktiviti pemulihan
No comments:
Post a Comment