burung
"PENYEBAR-INFORMASI SETIAP SAAT"
Pusat Sumber SMK Tengku Intan Zaharah
MUTIARA KATA:

  • Orang yang mengajar dan orang yang belajar kedua-duanya bersyarikat dalam kebaikan, tidak ada lagi kebaikan pada sekalian manusia selain mereka.
             --Ibnu Majah

                                                             
MUTIARA KATA:

  • Sebenarnya seorang sasterawan dengan seorang manusia lain itu tidak ada bezanya. Cuma kelebihan seorang sasterawan ialah ia dapat merasakan lebih dalam lagi akan sesuatu dan dapat pula melahirkannya kembali.
             --A. Samad Said
MUTIARA KATA:

  • Lombong emas dalam diri anda ialah fikiran anda dan anda boleh menggalinya sepuas yang anda inginkan.
             --Abdullah Mansur
               M.H.
burung

MAKLUMAN PSS 2008

SMK. TENGKU INTAN ZAHARAH

23000 DUNGUN

TERENGGANU DARUL IMAN

MAKLUMAN TERKINI PUSAT SUMBER SEKOLAH

PERPUSTAKAAN :

PROJEK BAKUL

Pihak perpustakaan menyediakan 4 buah bakul untuk kemudahan guru-guru waktu relief dan PSS.

Guru boleh mengarahkan ketua kelas mengambil bakul yang berisi buku-buku cerita / majalah untuk bacaan di kelas dan mencatatkan pengambilannya di perpustakaan.

Ketua kelas diminta memulangkan semula bakul berkenaan ke perpustakaan sebaik sahaja tamat waktu.

PEMINJAMAN BAHAN BACAAN ( BUKU & MAJALAH )

Guru-guru boleh membuat pinjaman bahan bacaan di perpustakaan tanpa kad pinjaman.

Had maksimum pinjaman - 5 buah

Tempoh pinjaman - 14 hari ( 2 minggu )

Guru-guru diminta mencatatkan peminjaman & pemulangan di dalam buku di perpustakaan.

SUDUT BACAAN

Perpustakaan ingin membuat sumbangan bahan bacaan ( buku & majalah ) kepada setiap kelas.

Setiap kelas digalakkan menyediakan sudut bacaan masing-masing sebelum 30 Januari 2008 ( Rabu ).

Bahan bacaan akan diagihkan pada 31 Januari 2008 nanti ( Khamis ).

BILIK APD/TAYANGAN ( BILIK KULIAH 1 & 2 ) :

Plug di Bilik Kuliah 1 & 2 mengalami kerosakan.

Oleh itu, LCD & PC di kedua-dua bilik berkenaan tidak dapat digunakan.

Guru-guru hanya boleh menggunakan bilik-bilik tersebut untuk P & P tanpa penggunaan LCD & PC sahaja.

Guru-guru diminta membuat tempahan di dalam buku rekod tempahan yang disediakan di bilik-bilik berkenaan.

Guru-guru diminta mencatatkan penggunaan di dalam buku rekod penggunaan kedua-dua bilik.

BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR ( BBM ) :

Guru-guru diminta memulangkan bahan bantu mengajar seperti CD dan sebagainya ke bilik BBM untuk kemas kini stok 2008.

KERJASAMA SEMUA GURU AMATLAH KAMI HARGAI DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA.

SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.

PUSAT SUMBER SEKOLAH

SMK TENGKU INTAN ZAHARAH

23000 DUNGUN , TERENGGANU

MAKLUMAN 1

PERKARA-PERKARA YANG PERLU ADA :

  • Untuk dipamerkan dan ditampalkan pada papan kenyataan setiap bilik

Jam

Pastikan sentiasa berfungsi

Carta Organisasi

Carta Organisasi Induk

· Carta Organisasi Kerja

3. Senarai Inventori

· Senarai Inventori Bilik – perabot,kelengkapan dll

· Senarai Inventori Peralatan – alat-alat kegunaan dll

4. Peraturan

· Peraturan penggunaan bilik

· Peraturan penggunaan peralatan

5. Pelan Lantai

6. Jadual Bertugas Guru

7. Jadual Bertugas Pengawas

8. Carta Aliran

· Proses penggunaan atau pinjaman

MAKLUMAN 2

  1. Sistem Fail

    • Sistematik – berlabel dan ditulis nombor fail untuk memudahkan rujukan
    • Dikemas kini dari semasa ke semasa

  1. Dokumentasi

· Semua aktiviti setiap unit perlu didokumenkan dan dimasukkan ke dalam fail unit

· Satu salinan dimasukkan ke dalam fail pengurusan PSS

  1. Rekod Penggunaan

·Perlu dikemas kini dari semasa ke semasa sekurang-kurangnya 3 bulan sekali

· Perlu dibuat analisa penggunaan setiap bulan

· Gunakan khidmat pengawas PSS membuat analisa

Contoh :

    • Perpustakaan :

analisa penggunaan kelas

analisa penggunaan individu

analisa pinjaman buku

  1. Buku Stok

    • Perlu dikemas kini setiap 3 bulan sekali


No comments: