(Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas):
Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah merupakan sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan di dalam rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memberi khidmat sokongan dan latihan kepada guru-guru dalam penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
PKG berkonsepkan perkhidmatan kelompok yang menyediakan khidmat sokongan kepada guru-guru daripada beberapa buah sekolah yang berdekatan. Oleh itu, kebiasaannya terdapat lebih daripada sebuah PKG dalam satu-satu Daerah Pendidikan.
Senarai kandungan:
1 Antara fungsi PKG
1.1 Fungsi 1: Memantau Sekolah Dan Memberi Khidmat Bantu Tentang Penggunaan Teknologi Pendidikan Dan Media
1.2 Fungsi 2: Menjadi Pusat Rujukan Penggunaan Teknologi Pendidikan, Media dan ICT
1.3 Fungsi 3: Melapor Kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
1.4 Pengurusan PKG
2 Pautan luar
Antara fungsi PKG:
Fungsi 1: Memantau Sekolah Dan Memberi Khidmat Bantu Tentang Penggunaan Teknologi Pendidikan Dan Media
1.1 Memantau Sekolah:
1.1.1 Memantau dan menambah baik
Program Pembangunan Pusat Sumber Sekolah
Galakan Membaca
Program Literasi Maklumat
1.1.2 Memantau penggunaan dan keberkesanan bahan pelbagai media pengajaran dan pembelajaran
Bahan dan peralatan sedia ada
Bahan Inovasi
1.1.3 Memantau pelaksanaan aktiviti Pembestarian Sekolah di Sekolah Bestari (Projek Rintis)
Aplikasi WSMS dan LCMS
1.1.4 Memantau pemasangan dan pelaksanaan Pusat Akses Sekolah
1.1.5 Memantau pelaksanaan aktiviti TVP & RP (Sabah / Sarawak)
Penggunaan
Koleksi
Pengurusan
1.1.6 Memantau pelaksanaan SchoolNet
1.1.7 Memantau Makmal komputer sekolah
1.1.8 Memantau aktiviti PPSMI
1.2 Memberi khidmat bantu tentang penggunaan teknologi pendidikan dan media.
1.2.1 Khidmat Bantu Penggunaan dan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
Bengkel Pengurusan Bahan PSS
1.2.2 Program Galakan Membaca dan Literasi Maklumat
a. Bengkel Pengurusan Program Galakan Membaca
1.2.2 Penggunaan Teknologi Pendidikan dan Media di sekolah
TVP
Lain-lain jenis media
1.2.3 Dasar Pembestarian Sekolah
Pusat Akses
Schoolnet
Makmal Komputer Sekolah
PPSMI
Aplikasi Pengurusan
Bahan P&P
1.2.4 Projek Inovasi berteraskan Teknopen di sekolah
Perancangan
Pelaksanaan
Dokumentasi
Fungsi 2: Menjadi Pusat Rujukan Penggunaan Teknologi Pendidikan, Media dan ICT
2.1 Memberi bimbingan dan nasihat kepada Guru Perpustakaan dan Media (Guru Penyelaras PSS) tentang penggunaan dan pengurusan:
Pusat Sumber Sekolah
Pelaksanaan Program NILAM
Literasi Maklumat
2.2 Memberi bimbingan dan nasihat penggunaaan/pengurusan:
CDRI
Makmal Komputer
Schoolnet
Pusat Akses Sekolah
PPSMI
Aplikasi Bestari
2.3 Memberi bimbingan dan nasihat penggunaan bahan pelbagai media:
TVP/RP
Media-media lain
Projek Inovasi sekolah
2.4 Memberi bimbingan dan nasihat aspek teknikal perkakasan ICT dan media
Fungsi 3: Melapor Kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
3.1 Melapor pelaksanaan aktiviti pemantaun sekolah
PSS
Program Membaca
Projek Rintis Sekolah Bestari
Makmal Pengkomputeran
Teknologi pendidikan dalam P&P
PPSMI
Pusat Akses
Schoolnet
TV / Radio Pendidikan
3.2 Melapor prestasi kewangan PKG dengan mematuhi peraturan pekeliling kewangan yang sedang berkuatkuasa.
3.3 Premis: Melapor dan menyelaras
penggunaan
kemudahan
keceriaan
keselamatan
3.4 Melapor hal-hal perjawatan dan perkhidmatan Staf PKG
3.5 Menyedia laporan:
Pencapaian Bulanan SKT PKG
Menyedia laporan semakan pencapaian SKT PKG
setengah tahun
akhir tahun
3.6 Mengumpul dan melapor maklum balas dan aduan sekolah terhadap produk dan perkhidmatan BTP, BTPN, PTPB dan PKG.
3.7 Menyediakan data dan maklumat sekolah.
Pengurusan PKG:
PKG ditadbir oleh seorang Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP DGA32), seorang pembantu PTPDGA29 dan seorang Pembantu Tadbir (N17).